- Ibadah adalah kebahagian , kesolehan adalah keberhasilan , dan siapa yang terus berzikir , sentiasa beristighfar dan memperbanyak doa , maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh.
- Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.
- Jangan bayangkan kebahagian yang lebih besar daripada apa yang andfa rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepatkan datangnya kesusahan dan kesedihan.
- Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil.
- Wanita yang cantik lagi takwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup, dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.
- Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah satu nikmat, meningati nikmat-nikmat adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.
Wednesday, April 29, 2009
Koleksi Mutiara Kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment